KELAB SUKAN & REKREASI COMMERCE DOT COM
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

PERATURAN DAN PERLEMBAGAAN

Go down

PERATURAN  DAN PERLEMBAGAAN Empty PERATURAN DAN PERLEMBAGAAN

Post  Afiffuddin Fri Jul 11, 2008 4:42 pm

PERATURAN DAN PERLEMBAGAAN
Kelab Sukan & Rekreasi
Commerce Dot Com Sdn Bhd

1. Nama

● Pertubuhan ini dikenali dengan nama Kelab Sukan & Rekreasi Commerce Dot Com
● Nama ringkas ialah KSRCDC.

2. Tempat Urusan

● Tempat urusan berdaftar ialah Commerce Dot Com Sdn Bhd, Tingkat 2, Wisma AMTEK, 15, Jalan Tandang, 46050 Petaling Jaya, Selangor, Malaysia; atau ditempat lain yang yang diputuskan oleh Jawatankuasa Pentadbir. Tempat urusan tidak boleh diubah tanpa kelulusan diperolehi daripada Pendaftar Pertubuhan terlebih dahulu.

3. Logo







• Perkataan ”Kelab Sukan & Rekreasi Commerce Dot Com” yang berwarna hijau melambangkan penyatupaduan dan keharmonian ahli-ahli mahupun di dalam kelab atau syarikat.
• Huruf ”KSRCDC” berwarna hitam melambangkan kekuatan kelab didalam menerajui aktiviti sukan dan kemasyarakatan.
• Pecahan warna jingga kepada tiga bahagian berada dalam di tengah-tengah melambangkan keberanian ahli menempuh segala ranjau dan apa jua halangan.
• Pecahan warna jingga kepada tiga bahagian yang mengelilingi pecahan kecil menunjukkan bahawa kelab ini sentiasa disokong dengan kuat oleh syarikat Commerce Dot Com Sdn Bhd, merupakan syarikat yang berwibawa.

4. Objektif Kelab

1. Menjalankan rasa muhibbah dan kekeluargaan dikalangan ahli.
2. Meningkatkan semangat kerjasama dan persefahaman antara ahli
3. Menjalan aktiviti sukan, kebajikan serta kerja-kerja sosial yang boleh menberi faedah kepada ahli dan masyarakat.
4. Memberi bantuan yang sewajarnya kepada ahli yang ditimpa kesusahan dan kemalangan.
5. Mengeratkan hubungan dengan ahli-ahli kelab lain melalui aktiviti yang serupa; dan
6. Kelab KSRCDC dibenarkan menerima sumbangan derma iklan / ikhlas melalui syarikat bekerjasama dengan CDC.








5. Keahlian

1. Ahli Biasa
● Semua kakitangan CDC secara lansung akan didaftarkan keahlian mereka.
● Semua ahli biasa layak menggunakan kemudahan dan harta benda yang disediakan oleh kelab; dan
● Semua ahli biasa berhak mengundi dan boleh menganggotai Jawatankuasa Pentadbir jika terpilih.

2. Ahli Bersekutu

● Terbuka kepada semua syarikat yang berkerjasama dengan CDC. Keahlian mesti diluluskan oleh Jawatankuasa Pentadbir melalui borang permohonan dan memenuhi syarat-syarat tertentu.
● Semua ahli bersekutu layak menggunakan kemudahan dan harta benda yang disediakan oleh kelab; dan
● Semua ahli bersekutu tidak layak mengundi dan menganggotai Jawatankuasa Pentadbir.


3. Penaung/Penasihat

● Ahli Kehormat dikecualikan dari membayar sebarang bayaran dan boleh menikmati kemudahan kelab
● Ahli Kehormat tidak mempunyai suara atau undi dalam Mesyuarat Agong Tahunan tetapi boleh memberi pendapat dan nasihat.







6. Yuran Bulanan

1. Yuran Bulanan bagi ahli biasa dikenakan mengikut kedudukan jawatan dalam CDC.
2. Yuran Bulanan bagi ahli biasa kelab ialah sebanyak RM2.00 (Ringgit : Dua sahaja) bagi yang berjawatan bawah pangkat pengurus, untuk yang berjawatan pengurus keatas dikenakan yiran bulanan sebanyak RM5.00(Ringgit:Lima sahaja).
3. Yuran Bulanan bagi Ahli Bersekutu juga. RM5.00 (Ringgit : Lima sahaja).
4. Secara otomatik potongan gaji akan dilakukan bagi yuran bulanan.
5. Bagi kakitangan sementara CDC, yuran bulanan akan di bayar secara tunai kepada Bendahari kelab.
6. Ahli Bersekutu yang tidak membayar yuran selama lebih tiga bulan akan dipertimbangkan oleh Jawatankuasa pentadbir untuk diberhentikan keahliannya. Pemberhentian keahliannya akan menyebabkan ianya kehilangan hak sebagai ahli.
7. Permohonan Ahli Bersekutu yang telah diberhentikan untuk menjadi ahli akan dipertimbangkan oleh Jawatankuasa Pentadbir yang mempunyai kuasa menetapkan yuran denda.
8. Kutipan wang daripada ahli-ahli untuk perkara yang tertentu boleh dipungut dengan persetujuan Jawatankuasa Pentadbir Kelab.
9. Sebarang hutang atau tunggakan yuran hanya boleh dilupuskan melalui Mesyuarat Agong.
Afiffuddin
Afiffuddin

Posts : 9
Join date : 2008-07-10
Age : 44
Location : Subang Jaya Shah Alam Alor Setar Arau

http://www.nurmuhammad.com

Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum