KELAB SUKAN & REKREASI COMMERCE DOT COM
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

PANDUAN JIKA TERBABIT DALAM KEMALANGAN JALANRAYA

3 posters

Go down

PANDUAN JIKA TERBABIT DALAM KEMALANGAN JALANRAYA Empty PANDUAN JIKA TERBABIT DALAM KEMALANGAN JALANRAYA

Post  akuamy Fri Jul 11, 2008 10:43 am

MALANG memang tidak berbau. Walaupun kereta anda baru dibeli sebulan, jika tidak bernasib baik, kereta anda boleh terbabit dalam kemalangan atau rosak secara tiba-tiba. Ini tentu menyulitkan anda yang tidak ada pengalaman menghadapi kes seperti itu.
Apabila berlaku kemalangan, ia tentu membabitkan sama ada kecederaan diri, kerosakan kenderaan sendiri dan kenderaan orang lain. Anda perlu berurusan dengan pihak polis, hospital (jika babitkan kecederaan) dan pihak insurans.
Berikut adalah beberapa panduan yang boleh dilakukan pengguna apabila berdepan dengan kemalangan jalan raya.

Ketika kemalangan

Jika di tempat kemalangan dan anda tidak cedera parah, dapatkan butir penting pihak lain yang terbabit dalam kemalangan antaranya:
Maklumat kenderaan seperti nombor pendaftaran kenderaan berkenaan, tahun dibuat dan model kenderaan.
Maklumat pemandu seperti nama, alamat, nombor telefon pejabat, nombor kad pengenalan, nombor lesen memandu dan alamat kediamannya.
Nama pihak insurans mewakili anda dan orang lain yang terbabit dalam kemalangan itu.
Berurusan di balai polis
Jika tiada anggota polis bertugas di tempat kemalangan, buat laporan polis dalam tempoh 24 jam kemalangan berlaku di balai polis berhampiran.

Jelaskan keadaan kemalangan berlaku dan menulis laporan polis menggunakan bahasa Melayu. Selepas selesai, anda diminta menurunkan tanda tangan di bahagian bawah laporan berkenaan dan simpan satu salinan laporan polis yang disahkanbenar.

Berurusan dengan pihak insurans


Baca polisi insurans dengan berhati-hati dan laporkan kemalangan yang berlaku kepada pihak berkenaan secepat mungkin atau dalam tempoh ditetapkan dalam polisi insurans.

Sebarang kelewatan memfailkan tuntutan mungkin menghapuskan hak anda mendapatkan wang pampasan.

Jumlah amaun tuntutan difailkan mestilah tidak melebihi amaun ditetapkan dalam klausa tuntutan.

Pihak insurans hanya membayar perbezaan antara jumlah tuntutan dengan jumlah ditetapkan.

Pastikan kenderaan diselenggarakan pihak bengkel bertanggungjawab. Kerosakan dialami kenderaan dinilai seorang pemeriksa atau penilai pihak insurans.

Sekiranya kemalangan disebabkan pihak lain, anda harus menghubungi pihak insurans mewakilinya.

Pastikan sama ada polisi insurans melindungi pemandu masih sah dan sama dengan nombor tuntutan pampasan ditetapkan.

Hubungi secara bertulis pihak insurans mewakili pemandu berkenaan, dengan menyatakan bahawa anda terbabit dalam kemalangan dan mahu memfailkan tuntutan terhadapnya.

Seorang pemeriksa atau penilai berkemungkinan besar menghubungi anda dan menawarkan untuk menyelesaikan tuntutan khidmat kerosakan kenderaan serta kecederaan peribadi.

Sesetengah pihak insurans mungkin mengetepikan tuntutan dan menolak tuntutan untuk memberikan pertolongan kepada anda. Sekiranya perkara ini terjadi, anda berkemungkinan memerlukan khidmat nasihat peguam.

Elakkan perkara berikut


Apabila anda mengalami kemalangan, jangan mengaku bersalah atau berunding dengan pihak ketiga.


Membaiki kereta anda tanpa kelulusan penanggung insurans, jika bercadang mengemukakan tuntutan di bawah Seksyen A.


Meninggalkan kereta tanpa mengambil langkah munasabah memastikan keselamatan kenderaan selepas berlaku kerosakan.


Memandu kereta sebelum pembaikan disempurnakan.


Menandatangani Baucer Pelepasan kecuali berpuas hati dengan kerja pembaikan.


Menghantar kereta ke bengkel yang bukan panel dibenarkan
akuamy
akuamy

Posts : 15
Join date : 2008-07-10

Back to top Go down

PANDUAN JIKA TERBABIT DALAM KEMALANGAN JALANRAYA Empty adus......

Post  dewihelper Fri Jul 11, 2008 10:48 am

wahhh bro...panjang nyaaaa......

info pendek tarak ka?????

hahahahahha Laughing Laughing bounce bounce
dewihelper
dewihelper

Posts : 10
Join date : 2008-07-11
Age : 44
Location : putrajaya (mof)

Back to top Go down

PANDUAN JIKA TERBABIT DALAM KEMALANGAN JALANRAYA Empty Re: PANDUAN JIKA TERBABIT DALAM KEMALANGAN JALANRAYA

Post  kuncai lama Fri Jul 11, 2008 4:04 pm

Kalau mcm kes aku ni camane joe? aku dah ikut arahan dah...antar bengkel pun bengkel panel...tapi dah dekat 3 bulan dah
x setel2 lagi camane nak buat??
kuncai lama
kuncai lama

Posts : 3
Join date : 2008-07-11

Back to top Go down

PANDUAN JIKA TERBABIT DALAM KEMALANGAN JALANRAYA Empty Re: PANDUAN JIKA TERBABIT DALAM KEMALANGAN JALANRAYA

Post  akuamy Mon Jul 14, 2008 10:29 am

kuncai lama wrote:Kalau mcm kes aku ni camane joe? aku dah ikut arahan dah...antar bengkel pun bengkel panel...tapi dah dekat 3 bulan dah
x setel2 lagi camane nak buat??

gua nasihat lu g buat tuntutan di Tribunal Tuntutan Pengguna... "suarakan hak anda sebagai pengguna"
akuamy
akuamy

Posts : 15
Join date : 2008-07-10

Back to top Go down

PANDUAN JIKA TERBABIT DALAM KEMALANGAN JALANRAYA Empty Re: PANDUAN JIKA TERBABIT DALAM KEMALANGAN JALANRAYA

Post  Sponsored content


Sponsored content


Back to top Go down

Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum