KELAB SUKAN & REKREASI COMMERCE DOT COM
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Amy Search, bukan joe amy bukak restoran....

Go down

Amy Search, bukan joe amy bukak restoran.... Empty Amy Search, bukan joe amy bukak restoran....

Post  e-Zhar Fri Jul 11, 2008 10:47 am

Very Happy Leh la test ketam masak ngan telor masin....


Amy Search, bukanlah satu nama yang perlu diperkenalkan lagi. Namanya cukup besar dalam industri hiburan tanahair. Kejayaannya dalam bidang nyanyian memang tidak perlu dipertikaikan lagi. Sukar ditandingi dan mempunyai keunikan yang tersendiri.
Terbaru, penyanyi yang berasal dari Johor ini melebarkan sayapnya dengan membuka sebuah restoran makanan laut bercitarasa masakan Cina. Restoran yang dinamakan dengan Cheng Ho Chinese Islamic Food ini terletak di Jalan Delima 10, Blok 3B D’Wangsa, Wangsa Maju.
Bercakap ketika majlis pelancaran restorannya itu, Amy menyatakan sebenarnya dia sudah lama menyimpan hasrat untuk membuka sebuah restoran, tetapi hanya baru sekarang dia dapat merealisasikan hasratnya itu. Bagi Amy, bukan mudah untuk membuka sebuah perniagaan yang berasaskan makanan. Banyak faktor yang perlu diambil kira terutama sekali rasa makanan yang ingin dihidangkan. Jika tidak sedap, pasti susah mendapat pelanggan. Atas sebab itu, Amy banyak menjalankan penyelidikan dan telah memilih dua tukang masak terkemuka tempatan untuk restorannya.


“Saya tidak mahu orang datang ke restoran ini hanya kerana saya. Sebaliknya saya mahu mereka datang kerana restoran ini menghidangkan masakan yang enak. Lagipun, saya bukannya akan sentiasa berada di restoran ini,” jelas Amy yang membuka restoran ini bersama rakan kongsinya, Norman.
Ditanya mengapa masakan Cina menjadi pilihannya sedangkan restorannya itu terletak di kawasan yang penduduknya majoriti Melayu, Amy menjelaskan yang dia ingin memberi peluang kepada masyarat Melayu untuk menikmati masakan Cina tanpa rasa ragu-ragu sama ada halal atau tidak.



“Saya memilih masakan Cina untuk restoran saya kerana saya merasakan tidak banyak restoran Melayu yang menawarkan makanan laut stail Cina. Dengan adanya restoran ini, masyarakat Melayu boleh menjamu selera di sini tanpa was-was dan mempunyai lebih banyak pilihan. Selain itu, dalam masa enam bulan dari sekarang berkemungkinan besar saya akan mengembangkan perniagaan saya ini di Johor Bahru, Kota Damansara dan Sabah”, ujar Amy.
Restoran Cheng Ho menyediakan 148 jenis makanan dan lebih 40 jenis minuman untuk dinikmati oleh pengunjung. Selain daripada menjanjikan makanan yang lazat dan enak, harga makanan di restoran ini juga berpatutan.
e-Zhar
e-Zhar

Posts : 25
Join date : 2008-07-11
Location : Diatas bumi Allah.

Back to top Go down

Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum